JBA 5034

SK PARIT KEROMA DARAT, MUAR

JBA 5034 SK PARIT KEROMA DARAT, MUAR JALAN DATO HAJI KOSAI 84000 MUAR, JOHOR No Tel: 06-9813910 e-mail : jba5034@gmail.com

PELANCARAN PROGRAM ANTI DADAH

Program anti dadah merupakan salah satu program yang dilaksanakan bermula daripada peringkat sekolah sehingga peringkat kebangsaan. Sehubungan dengan itu pelancaran program dibuat oleh semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia. SK Parit Keroma Darat, Muar telah melancarkan program tersebut pada:

Tarikh: 27.02.2012

Hari : Isnin

Masa: 7.30-8.30 pagi

Tempat: Dataran Gejat SKPKD

Murid-murid tekun mendengar amanat

Continue reading

GURU J-QAF BARU

Alhamdulillah setelah sekian lama kekurangan guru j-qaf, minggu ini seorang guru j-qaf telah melaporkan diri di SK Parit Keroma Darat, Muar. Masih dalam kursus iaitu terus bertugas di sekolah tetapi semasa cuti perlu belajar di IPG. Serba sedikit maklumat beliau…

Nama: AHMAD ZAKI BIN ISHAK

Umur: Lahir 1985 (cuba teka?)

Asal : Perak ke Kedah

Banyak maklumat belum lengkap dan insyaAllah selepas temubual saya akan update dengan maklumat terkini. Perhatian untuk semua guru data, sila kemaskini maklumat guru j-QAF dan cara-caranya boleh semak di sini. Sila klik semak.

GURU PRAKTIKAL PENDIDIKAN KHAS

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Alhandulillah, SKPKD telah menerima 2 orang guru praktikal dari IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Semuanya ambil pendidikan khas, jadi seperti arahan daripada IPG, mereka berdua ditugaskan ke SKPKD untuk mejalani praktikum.

Dua orang yang hujung sekali pakai baju pengakap

Gambarnya jauh, tak berapa jelas. Sedikit maklumat tentang mereka. Continue reading

SEKOLAH BUKA HARI INI

Terima kasih kepada mdanif.com

Assalamuaikum dan salam sejahtera. Semoga semua murid-murid dalam keadaan sihat sejahtera dan hadir ke sekolah dengan selamat dan penuh semangat untuk belajar. Tapi jangan lupa,

Belajar kerana Allah.

Orang yang belajar kerana Allah akan mempunyai sikap-sikap yang baik dan budi pekerti juga akan terbina:

1. Sikap menghormati guru.

2. Menghargai ilmu yang diajarkan.

3. Berkawan (silaturrahim)

4. Bekerjasama. Continue reading

PROGRAM JEJAK PELAJAR

Perancangan yang baik, kerjasama yang erat, perhatian dan kasih sayang ibu bapa akan melonjakkan kecemerlangan anak-anak.

Sebagaiman yang telah dirancangkan, pihak sekolah telah mengadakan program untuk kecemerlangan murid yang pertama iaitu jejak pelajar. Program ini bertujuan untuk mengetahui kedudukan pelajar, kesediaan pelajar untuk menduduki peperiksaan UPSR. Continue reading

MESYUARAT KONTIGEN MUAR KE JAMBOREE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat PPM Muar diadakan di SKPKD untuk pengurusan kontigen Pengakap Muar ke Jomboree di Terengganu yang akan diadakan pada akhir bulan 11 nanti.

Terima kasih kerana memilih skpkd sebagai tempat untuk bermesyuarat. Sebarang kekurangan sila komen di sini untuk kami membuat penambahbaikan.

TAKBIR RAYA AIDILADHA

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Pengisian terkini, dengan usaha Panitia Agama Islam, pada pukul 7.30 pagi diadakan takbir hari raya aidiladha dan diikuti dengan tazkirah berkaitan hari raya. Program ini berjalan selama 2 hari iaitu pada 8-9/11/2011.

Alhamdulillah, takbir dibawa oleh murid dan di juga guru-guru skpkd. Secara tidak langsung sebagai pengisian selepas peperiksaan akhir tahun dan sebagai wadah membangunkan sahsiah murid.